Random Video

Sekuriti Makanan | KPLB peruntuk RM80 juta

2022-05-21 0 Dailymotion

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensi di bawahnya iaitu RISDA dan FELCRA Berhad memperuntukkan 80 juta ringgit untuk menjamin bekalan dan sekuriti makanan negara.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi peruntukan tersebut, agensi-agensi KPLB akan berusaha mengukuhkan gedung makanan utama negara terutama dalam industri penternakan dan perladangan.